ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Saturday, 3 January 2015

KAEDAH MERAWAT ULSER




Air garam

Kaedah tradisional ini amat popular dan telah dilaksanakan sejak zaman dahulu lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam dua atau tiga kali sehari bagi mengurangkan kesakitan atau mematikan kuman yang mengakibatkan ulser.

Air kelapa

Kenaikan suhu tubuh manusia juga merupakan salah satu penyebab berlaku ulser. Oleh yang demikian, adalah penting bagi seseorang itu minum air mencukupi atau  amalkan minum air kelapauntuk mengimbangi suhu badan.

Marjerin

Mungkin ramai tidak tahu marjerin berupaya menyembuhkan ulser mulut.Anda hanya perlu letakkan marjerin di sekitar kawasan terkena ulser dan ulangi  sehingga ulser betul- betul sembuh. Petua ini sesuai bagi kanak- kerana tidak menyakitkan.

Madu

Umum mengetahui kebaikan dan manfaat madu terhadap kesihatan.Agen pembunuh bakteria yang terkandung dalam madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan  dengan cepat.Begitu juga ulser, madu mampu merawat penyakit tersebut dengan berkesan.

Soda penaik

Soda penaik dipercayai mampu menyembuhkan luka termasuk ulser.  Dengan  campuran  bersama sedikit air suam, ia boleh di letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.


1 comment:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete