dari maktab 86 yang saya ikuti mula bergerak ke mina. kami menaiki beberapa buah bas
yang telah disedia khas olih pihak tabung haji.
bas yang saya naik tiba di mina tepat waktu subuh, ketika muazin sedang melaungkan azan.
tiap tiap jemaah haji wajib bermalam di mina,pada malam malam tashriq iaitu malam ke 11,
malam ke 12 dam malam ke 13 zulhijjah.
bermalam dimina di syaratkan berada lebih daripada separuh malam di malam malam tersebut.
tetapi bolih juga keluar meninggalkan mina dan menuju ke mekah pada hari dua belas zulhijah
- cara demikian di panggil nafar awal.
syarat syarat nafar awal adalah;
a. meninggalkan mina selepas gelincir matahari hari ke dua belas dan hendaklah sebelum jatuh
matahari (sebelum maghrib)
b. telah menyempurnakan lontaran ketiga tiga jumrah pada dua hari tasyrik 11 dan 12.
c. telah bermalam di mina dua malam.
d. terlebih dahulu berniat nafar awal untuk kembali ke mekah semasa berada di mina dan tidak
berazam lagi kembali ke mina
khemah yang terdapat di mina
No comments:
Post a Comment