ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Wednesday 19 January 2005

MENUNGGU HARI WUKUF - HARI TARWIAH


            8 Zulhijjah (hari tarwiah) semasa berada di hotel para jemaah telah diarahkan
          bersiap untuk berangkat ke arafah untuk berwukuf pada keesokan harinya.jemaah
          dinasihatkan menyediakan sedikit bekalan keperluan semasa di arafah dan mina.
          sebelum bertolak meninggalkan hotel para jemaah disunatkan mengerjakan amalan
          amalan sunat ihram seperti mandi sunat ihram,mengerat kuku,mencukur janggut,
          misai atau sebagainya.
          
          niat mandi sunat ihram ialah ; nawaitul rusla sunnatan lilihrami lillahi taala.
          ertinya; sahaja aku mandi sunat ihram kerana allah taala.
       
          memakai pakaian ihram kemudian mengerjakan solat sunat ihram.

         
          niatnya ialah; usalli sunnatal ihrami rakaataini lillahi taala.
          ertinya; sahaja aku sembahyang sunat ihram dua rakaat kerana allah taala.

          BERNIAT HAJI (RUKUN)
          apabila semuanya selesai maka bolihlah kita berniat haji semasa hendak melangkah
          keluar dari hotel di mekah
          
          lafaz niatnya; nawaitul hajja wa ahramtubihi lillahi taala.
          ertinya.; sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana allah taala.
       
          MENINGGALKAN LARANGAN DALAM IHRAM (WAJIB)
          setelah kita berniat haji semua larangan larangan dalam ihram hendaklah dijauhi.

          MEMBANYAKKAN BACAAN TALBIAH.


           

No comments:

Post a Comment