awal pagi kami telah bersiap untuk kejumrah bagi menyempurnakan lontaran. selesai sahaja
solat subuh kami berkumpul di jalan yang menghala ketempat melontar sambil menunggu
mutawwif yang menjadi juru pandu bagi kami. keadaan dipersekitaran sungguh sesak,jalan
raya dan kawasan khemah dipenuhi dengan jemaah yang berpakaian serba putih.
pada hari hari tasyrik diwajibkan keatas jemaah haji untuk melontar di ketiga tiga jumrah,
ia itu di jumrah al ula, jumrah al wusta dan jumrah al aqabah.
waktu melontar adalah seperti berikut.
1. hari 11 dan 12 zulhijjah mulai dari gelincir matahari hingga terbit fajar hari berikutnya.
2. pada hari 13 zulhijjah mulai dari gelincir matahari hingga jatuh matahari.
3. bagi orang yang luput melontar hari 11 dan 12 zulhijjah hendaklah melontar pada hari
13 zulhijjah sebelum masuk matahari.
syarat syarat melomtar bolih di lihat di lain entri.....................
No comments:
Post a Comment