nafar awal.jadi selepas sahaja selesai melakukan lontaran di ketiga tiga jumrah di pagi
12 zulhijjah dihari kedua, aku ulang lagi sekali lontaran di tiga tiga jumrah.
lepas solat zohor aku bergerak meninggalkan mina dengan menyewa sebuah van untuk
ke mekah.bersama dengan aku ada 12 orang lagi jemaah yang sama sama melakukan
nafar awal. jalan raya sungguh sesak.perjalanan dari mina ke mekah mengambil masa
selama hampir 5 jam.
semasa kami sampai di mekah,keadaan di mekah sedang banjir ,jalan ibrahim khalil
ditengelami air dan dari matlumat yang diterima dataran kaabah juga di penuhi dengan
air. untuk petang ini kami solat maghrib berjemaah di hotel.
gambar pinjam dengan encik google. (gambar dari saya punya tak ada)
No comments:
Post a Comment