assalamualaikum.
kalau camni gayanya, terpaksalah kitaorang singkatkan percutian yang dah sedia singkat ni, sebab tak ada tempat yang menarik langsung untuk kitaorang lawati. kitaorang ingat nak juga bercuti dua atau tiga hari di johor ni, pahtu baru kitaorang pikir nak ke tempat lain pula.target kitaorang nak bercuti di danga bay, member cakap di danga bay sangat cantik dan banyak tempat menarik yang bolih di kunjungi, tapi bila kitaorang sampai. hampeh tak ada benda pun. INDAH KHABAR DARI RUPA. aku ingat suasana dan pemandangan di pantai lido dan pantai tanjung putri di era tahun 70 an dan 80 an dulu lagi cantik dari danga bay sekarang. dulu setiap kali aku keluar cop paspot aku misti singgah di pantai lido sebelum masuk semula ke singapura. kadang - kadang aku lepak sampai pukul 12 malam.
ok lah, berbalik kepada percutian singkat ke johor ni, olih kerana tak best dan tak berbaloi sangat sangat, kitaorang pun tukar plan, selepas berbincang, kitaorang memutuskan untuk sambung cuti ke pengkalan balak melaka.
hari ke dua di jb.
macam biasa, pagi-pagi lagi aku sudah bangun dan selepas solat subuh aku keluar ambil angin. mem masih lagi tidur. semasa di lobi, aku layan borak sekejap dengan mamat nepal yang jaga hotel. Best juga layan mamat ni.....mengigatkan aku kepada nostalgia aku semasa di darjeeling nilgiri, pavangiri dan katmandu .
sambil aku duk melayan mamat nepali,sempatlah juga aku snap pic ni dan tengok orang johor beratur atas causeway nak masuk singapura.
kesesakan lalu lintas di atas tambak johor diwaktu pagi selepas layan borak dengan mamat nepali hampir satu jam, aku pun naik kembali ke bilik aku.
ni lah rupa bilik aku
pic yang aku snap dari bilik aku
stulang laut jey bee
dah siap semua
bersedia untuk chek out
pic kenangan di lobi the grand jade hotel jey bee
the grand jade hotel johor baru. mamat nepali yang aku layan bor berdiri depan hotel
selamat tinggal , bye-bye jb
No comments:
Post a Comment