ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Wednesday, 1 January 2014

SHOPPING DI AEON CHERAS SELATAN

bismillahirrahmanirrahim.
sempena kedatangan tahun 2014 ni sempatlah aku mengambil peluang untuk bercuti. tapi percutian ni hanya untuk hari ini sahaja. cuti tahun baru katakan. wahhalnya tak perlulah bercuti kerana tahun baru ni sebenarnya bukan tahun baru untuk kita orang islam tapi sebaliknya tahun baru untuk orang kristian. tahun baru untuk kita orang islam ialah pada 1 muharram atau sinonim untuk kita rakyat malaysia ialah maal hijrah.
oklah maleh aku nak berceloteh panjang disini. so nak dipendekkan cerita, maka hari ini aku pun tutup kedai dan merayaulah bersama mem, anak,menantu dan cucuku. destinasi yang aku tuju adalah shopping komplek. bukan aku nak shopping pun,saja-saja nak melayan mata,.......window shopping bagai. puas window shopping singgah pula menjamu selera di chi-chi. ape tu  ? ( kfc lah ) sebutan bagi cucuku bila ternampak sahaja lambang kfc atau bila dia teringin nak makan ayam goring.
untuk hari ini aku dan keluarga singgah di aeon cheras selatan di balakong.




destinasi wajib singgah bila dah sampai  di mana-mana shopping complex
memilih dan mencuba ape- ape yang berkenan
usha






                                               singgah menjamu selera di chi chi ..


mengadap dengan penuh semangat, layan sendiri

                                                           dah habis merayau

balik jer dari aeon singgah pula di nsk kuchai lama untuk shopping round kedua last last beli benda ni jer

                         rm 10 untuk 6 biji. ( ini sample yang aku pinjam dari encik google)
                    yang aku beli tak sempat nak ambil pic. almaalumlah . gelojoh bagai.

No comments:

Post a Comment