Dari kuala besut aku menaiki bas ke kota baru. semasa berada di stesen bas kuala besut aku merasa hairan campur terkilan dengan perkhidmatan bas masa kini . aku terpaksa menunggu lebih dua jam untuk mendapatkan bas. tidak sepatutnya perkhidmatan pengangkutan awam kita jadi begini, kita sudah 56 tahun merdeka. tapi perkhidmatan awam amat daif seolah- olah 30 tahun kebelakang.
dimana salah ?.
tambang bas dari kuala besut ke kota baru cuma rm 6.00 dan masa perjalanan lebih kurang satu jam setengah campur tolak dengan berhenti-henti menurun dan mengambil penumpang di pertengahan jalan.bas juga berhenti sekejap di stesen bandar pasir putih.
menjelang tengah hari aku selamat sampai di bandar kota baru.
di bandar kota baru.....bermulalah jalan-jalan ronda -ronda.
destinasi pertama yang aku kunjungi setelah tiba dibandar kota baru ialah stadium sultan mohd iv.kebetulan ada expo hasil tani. selepas makan tengah hari dan solat zohor aku bergerak ke bazar tok guru.
berhenti snak gambar di dewan jubli perak sebelum sampai di komplek bazar tok guru.
singgah di bazar tok guru beli t shirt untuk cucu -cucu.
dari bazar tok guru menapak ke pusat bandar.
pusar penerangan pelancongan kota baru
singgah dibulatan jam besar melawat kebun kurma.
muzium kelantan......tengok dari luar sahaja.
jalan lagi .....melawat sungai kelantan
pengkalan bot untuk ke palekbang.
layan orang mancing di rumah rakit berhampiran pengkalan bot ke palekbang.
tambatan di raja kota baru,tempat menyukat banjir.
pintu masuk ke muzium islam kelantan.
masjid muhammadi kota baru
pintu gerbang......mercu tanda bandar kota baru
malam.....bermalam di hotel kota baru, hujan lebat tak bolih keluar. so zzzzzzzzzzzz
pagi ........
pejabat pas....singgah beli buku di kedai jaafar rawas.
stesen bas kota baru ....menunggu anak jemput untuk ke rumahnya di wakaf baru
No comments:
Post a Comment