alhamdullillah rencana balik kampong sempena menyambut hari raya berjalan lancar.pesawat malindo yang aku naiki dari subang selamat mendarat di pengkalan chepa.olih kerana hari masih awal baru pukul 9 pagi aku tidak berhajat terus ke kuala kraimalah aku ingin meronda dahulu di bandar kota baru dan sekiranya ada kelapanganmasa aku juga berhajat untuk menjenguk kedua orang cucuku di wakaf baru.ketika aku 'otw' ke stasen teksi, aku ternampak satu browser dekat pintu keluar. aku hampiri " TAWARAN ISTIMEWA KE PULAU PERHENTIAN".
apa lagi..............sorang brother datang offer kat aku ." ji, 20 ringgit jer sampai jeti".
aku pun kata, " ok. jom" ulat ke tak ,ape aku kisah, aku setuju dengan tawaran.lebih kurang pukul 10.30 pagi aku dah terpacak depan stesen bas kuala besut.aku ronda dan pusing-pusing sekitar pekan dan stesen bas untuk cari matlumat.perkhidmatan bas express kl - kuala besut - kl ialah perdana, sani dan mahligai.dari matlumat yang aku terima perkhidmatan bot ke pulau perhentian adalah tiga kali sehari pukul 8 pagi, 12 tengah hari dan 4 petang.untuk trip pukul 8 pagi aku dah miss. jadi aku ambil yang pukul 12 tengah hari.sementara menunggu jam 12 tengah hari untuk menaiki bot ke pulau, aku lunch dahulu di cafe berdekatan dengan stesen bas.selepas lunch, ha ha ha..tanpa disedari aku tertinggal trip, nasib baik belum beli tiket.jadi kalau nak ke pulau juga aku terpaksa tunggu trip pukul 4 petang. aku tukar plan, sementara tunggu pukul 4 petang baik aku jalan - jalan dahulu ke bandar jertih,sebab bandar jertih pun taklah jauh sangat.untuk menguatkan stamina, aku tumpangkan bag aku di cafe tempat aku lunchdan aku ambil teksi ke bandar jertih. tak sampai setengah jam, aku tiba di jertih. semasa aku nak berselfiee di bandar jertih baru aku tersedar kamera serta handsetaku tertinggal dalam beg di cafe... alamak tak berselfiee lah aku di jertih. sedih..................aku meronda bandar jertih tanpa foto dan selfieee.nasib malang dah lah tak dapat berselfieee.......perkhidmatan bas dari jertih ke kuala besut di batalkan tak tahu kenapa, bas hanya ke pasir putih dan ke kota baru sahaja itu pun hanya dua jam sekali. tunggu punya tunggu. pukul 5 petang lebih baru dapat teksi ke kuala besut. di pendekkan cerita aku miss lagi trip bot pukul 4 ke pulau. nak tak nak terpaksalah aku bermalam di t lodge kuala besut dengan bayaran rm 90 satu malam.
t lodge hotel tempat aku bermalam
bas mahligai kl - kuala besut - kl
bas sani kl - kuala besut - kl
bas perdana kl - kuala besut - kl
cafe dekat stesen bas, tempat aku sarapan, lunch dan tumpang bag
kedai lonely planet
salah satu tempat untuk beli tiket bot ke pulau
salah satu dari hotel yang terdapat di kuala besut rm 100 / semalam
stesen bas kuala besut
guest house bajet rm 20 semalam
kaunter yang paling awal dibuka special trip 7 pagi
kaunter ini terletak berdekatan dengan tandas awam.laluan untuk ke jeti
harga tiket bot dua hala untuk seorang , ni harga original dan kena
tambah lagi rm 5 untuk cukai laut. tapi aku dapat harga special 50 %
diskaun serta dikecualikan dari cukai...nak tahu rahsianya ?. pm aku..ok.
bot sedia untuk loading
bot mula berlepas
selamat landing di jeti coral bay selepas setengah jam di lautan
malaysia - trangganu
juga tidak jauh dari jeti
kedai makan
jalan shotcut untuk ke long beach
ronda - ronda di long beach
selfieeeeeeeeee kat long beach
kedai souviner di long beach
kedai makan . istimewa sangat-sangat
air jernih giler,,, tapi tak best mandi sebab banyak makhluk ala- ala ibu gamat
sewa bot nak pergi menyelam
depan chalet yang aku sewa
dah nak balik
tekong otai
JETI CORAL BAY
antara penumpang bot masa nak balik
aku sorang yang pakai lifejacket
selamat landing kembali di kuala besut
jambatan ke jertih
TAMMAT
salam. cmne dapat tiket 50% diskaun ye?
ReplyDelete