assalamualaikum.
alhamdullillah, aku selamat sampai kembali di kedai di btr.percutian aku selama seminggu sempena hari raya aidiladha, berjalan dengan baik. setibanya aku di kl. aku disambut olih isteri dan anak - anak. tak sampai setengah jam aku berehat, anak dan cucu aku buat hal. tak semena - mena diajaknya
aku untuk menemani mereka bercuti. ajakan mereka disokong 100 peratus olih mem. apa lagi...........
aku pun setuju.
tempat yang di tuju adalah gold coast morib.
jam 12 tengah hari kitaorang mula bertolak dari bandar tun razak dan sampai di morib lebih kurang pukul 1.30 petang. singgah makan di medan selera morib. pukul 2.00 petang kitaorang mula bergerak ke gold coast . jarak antara medan selera morib ke gold coast hanya lebih kurang satu kilometer sahaja. di gold coast kitaorang menyewa 2 bilik dengan harga masing-masing rm 163 sebilik.
ruang bilik air yang luas
kemudahan jakuzzi untuk berendam
pantai yang bersih,
taman permainan untuk kanak-kanak
pier
taman tema yang di snap dari bilik di tingkat tiga
No comments:
Post a Comment