1. SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN
* rancang perjalanan anda
* dapatkan rehat yang secukupnya
* elakkan dari mengambil minuman atau ubatan yang boleh mendatangkan
kesan mabuk atau mengantuk
* hindarkan perasaan negatif seperti marah,kecewa dan teragak agak
ketika memandu.
* periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh.
* simpan alat bantuan kecemasan didalam kenderaan
* pastikan tayar gantian mempunyai angin yang mencukupi.
* servis kenderaan anda tepat dada waktunya.
2. MEMULAKAN PERJALANAN
* bertolak awal untuk perjalanan yang jauh
* pakai tali pinggang keledar
3. MENGHAMPIRI PLAZA TOL
* perlahankan kendertaan anda
* pandu dilorong yang sesuai
* jangan memotong barisan
* jangan memasuki lorong eletronik jika anda bukan pelangan kad
PLUSMiles, Touh'n Go atau SmartTAG
4. MEMASUKI LEBUH RAYA
* pastikan kenderaan anda tidak terus kelorong memotong apabila memasuki
laluan utama dari jalan susur.
5. MEMANDU DI LEBUH RAYA
* jangan memandu secara berbahaya
* pandu dilorong sebelah kiri sekiranya tidak memotong
* bersopan ketika memandu
* pandu mengikut had laju yangtelah ditetapkan
* beri sepenuh tumpuan ketika memandu
* pastikan kenderaan anda berada pada jarak yang selamat dari kenderaan
dihadapan.
* jangan makan,minum atau mengunakan talipon bimbit ketika memandu
* jangan membuat pusingan-U di lebuh raya
* jangan berhenti dilorong kecemasan
* elakkan perbualan yang boleh menganggu konsentrasi anda ketika memandu
* jangan memandu lebih daripada dua jam tanpa henti.
6. MEMANDU KETIKA HUJAN
* kurangkankelajuan kenderaan untuk mengurangkan kesan hydroplane
* beri tumpuan yang lebih
* pastikan kenderaan bergerak pada kelajuan tidak melebihi 80km/j
* nyalakan lampu utama kenderaan,bukan lampu isyarat kecemasan
* pastikan kenderaan anda berada 100 meter atau 4 saat dari kenderaan
di hadapan
* jangan berhenti di lorong kecemasan
7. KEMALANGAN DI LEBUH RAYA
* alihkan kenderaan anda supaya tidak menganggu perjalanan lalulintas
kecuali kemalangan yang teruk atau kemalangan yang melibatkan kematian
* beri bantuan segera kepada mangsa kemalangan
* letakkan penanda seperti kain merah atau kon untuk memberi amaran
kepada pemandu lain
* minta bantuan polis,bomba atau pasukan bantuan kecemasan yang lain
* jangan tanda tangani sebarang dokuman sehingga anda telah membaca
dan memahami isi kandungannya.
8. KELUAR DARI LEBUH RAYA.
* pandu di lorong palig kiri
* nyalakan lampu isyarat sebelum memasuki persimpangan yang dikehendaki
* awasi sebarang kenderaan yang mungkin memasuki persimpangan tersebut
secara tiba-tiba
* jangan menukar lorong pada saat-saat akhir
* bersabar ketika beratur.
No comments:
Post a Comment