1 sembahyang diringan-ringankan.
2 keinginan nafsu shahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah dan filem.
3 penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama serta memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4 perkara benar disalahkan dan salah pula dibenarkan. susah untuk membezakan antara perkara halal dengan haram kerana perkara yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5 berbohong sudah menjadi keperluan dalam hidup sebab dikatakan jika tidak berbohong susah untuk mendapat kesenangan.
6 membayar zakat ( harta, perniagaan dan pendapatan ) dianggap beban.
7 manusia yang hidup mengikut lunas agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa, tetapi tidak mampu mencegahnya.
8 turun hujan diluar musim dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk dimuka bumi.
9 fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki(homoseksual)dan perempuan berkeinginan dengan perempuan(lesbian) semakin menjadi jadi.
10 perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna guna,sihir dan amalan syaitan lain.
11 anak anak ingkar dan menderhaka kepada ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli kpd anak).
12 kawan baik dilayan kasar, manakala musuh dilayan baik. kawan disangka lawan danmusuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat baik.
13 dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina,minum arak,bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan,meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14 masjid dihias indah tapi kosong,terpulau,berkunci dan banyak berlaku kecurian barang barang masjid yang berharga.
15 ramai yang sembahyang tapi munafik dan berpura-pura.ketika sembahyang berjanji akan mengikut suruhan allah tetapi diluar sembahyang melanggar perintah Nya.
16 akan datang golongan manusia dari barat menguasai mereka yang lemah (iman)dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara berpakaian,bergaul dan suka berperta.
17 al quraan dicetak dengan indah tetapi dijadikan perhiasan dan jarang dibaca dan diamalkan isinya.
18 darah manusia tidak berharga,sering berlaku pembunuhan,peperangan dan jenayah.
19 penganut islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama,tidak mahu membela dan menyebarkannya.
20 ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong,yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
No comments:
Post a Comment