ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Thursday, 14 November 2013

10 MUHARAM ( HARI ASYURA)

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

    10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting       yang  mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan      keadilah dan       kebenaran.

    Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
    Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
    Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam  bulan
    Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
    Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
    Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
    Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
    Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
    Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari               40   malam.

    Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
    Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
    Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
    Hari pertama Allah menciptakan alam.
    Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
    Hari pertama Allah menurunkan hujan.
    Allah menjadikan 'Arasy.
    Allah menjadikan Luh Mahfuz.
    Allah menjadikan alam.
    Allah menjadikan Malaikat Jibril.
    Nabi Isa diangkat ke langit

No comments:

Post a Comment