ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Tuesday 5 November 2013

KULLU AM WA ANTUM BI KHAIR

 
assalamualaikum buat semua,
sempena kehadiran tahun baru 1435 hijrah ini,sempatlah kiranya aku ucapkan..........
KULLU AM WA ANTUM BI KHAIR.
semuga kehadirannya dapat di sambut dengan penuh ceria.
....wassalam.

                                      BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

                                      DOA AWAL TAHUN.
       
Segala puji bagi ALLAH Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semuga tercurah ke atas Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya dan para sahabatnya. YA ALLAH ! Engkaulah Tuhan yang kekal abadi, sedia ada, tiada permulaan.  Anugerah-Mu yang  MAHA  AGUNG  dan KEMURAHAN- MU sangat kami harapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar kami terpelihara dari pada tipu daya syaitan yang dilaknat dan kuncu- kuncunya. Kami mohon kepada Mu agar dapat mengendalikan hawa nafsu yang mengajak kepada keburukan. Kami mohon kepada -Mu agar kami dapat bersedia melakukan amal amal kebajikan yang dapat mendekatkan diri kami kepada Mu. YA ALLAH ! Tuhan yang MAHA AGUNG lagi MAHA MULIA. Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan RAHMAT. Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang mentadbirkan  alam semesta.Semuga dicucuri rahmat dan sejahtera atas junjungan kami NABI MUHAMMAD s.a.w. dan keluarga dan sahabat - sahabatnya sekelian serta segala puji itu bagi ALLAH  tuhan PENTADBIR seluruh ALAM.


No comments:

Post a Comment