ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Friday 11 September 2015

ISTANBUL AKU DATANG LAGI

TRIP KEMBARA SOLO TURKI.
HARI PRTAMA.
11 SEPTEMBER 2015.

selepas urusan cop paspot selesai aku dan seorang kenalan baru aku, encik musa amir,terus bergegas keluar untuk mendapatkan transpot ke pusat bandar istanbul.kami tidak mengambil masa lama di claim luggage kerana aku tak ada luggage.encik musa hanya ada satu luggage dan nasib kami baik kerana luggage encik musa keluar awal.selepas solat jamak di surau bersebelahan dengan tempat claim luggage kami mula mencari stesen metro, kami memilik metro untuk ke bandar istanbul.stesen metro terletakdi tingkat bawah dibalai ketibaan ataturk airport.dengan bayaran 4 TL,kami menaiki metro dari ataturk airport dan membuat pertukaran di stesen zeytinburnu.dari stesen zeytinburnu kami bertukar naik tram pula.
aku dan encik musa terpaksa berpisah, encik musa turun lebih awal dari aku,encik musa turun di stesen aksaray,manakala aku pula turun di stesen sultanahmet.beza 3 stesen. tambang bagi naik tram juga hanya 4TL.
dari stesen tram sultanahmet aku berjalan kaki ke hostel yang aku tempah....tak jauh pun.hostel oriental terletak di belakang di antara aya sofya dengan masjid biru.

                                                                                
 selamat  tiba di airport ataturk istanbul

 masjid beyazit di tengah kota istanbul

stesen tram aksaray

 stesen metro aksaray,stesen pertukaran untuk ke sultanahmet


stesen metro aksaray, juga stesen untuk ke grand bazaar.





 masjid biru sultanahmet









pintu masuk ke gulhanie park




 aya sofya @ hagia sophia











 pemandangan waktu malam di kota istanbul

1 comment:

  1. ok tak oriental hostel.dekat dgn tempat2 tarikan pelancong

    ReplyDelete