TRIP KEMBARA SOLO TURKI
21 SEPTEMBER 2015
MALAM TERAKHIR DI TURKI.
malam ini adalah merupakan malam terakhir aku berada di istanbul turki.sebab besok aku akan berangkat ke airport untuk kembali ketanah air.untuk melengkapkan sepenuhnya itenari kembara solo aku,aku telah menempah tiket cruise,untuk menyusuri selat bosporus.
harga tiket berbeza-beza, jika di tempah melalui pakej dari malaysia ialah 60 euro.tapi jika di beli di istanbul harganya 10 euro dan sekiranya dibeli melalui ulat tiket di sekitar hagia sophia harga hanya 15 - 20 TL sahaja.
suasana di cafeteria di dalam cruise
pemandangan masjid biru dan aya sofya dari selat bosporus
jambatan yang menghubungkan istanbul eropah dengan istanbul asia.
pelayaran tamat jam 9.30 malam. dalam perjalanan pulang ke hostel singgah seketika di perkarangan masjid biru untuk mengambil gambar pada waktu malam
acara penutup menyaksikan tarian darwis sufi.
besok pagi bertolak ke ATATURK HAVALIMANI
No comments:
Post a Comment