Assalamualaikum, salam aidil adha buat semua kaum muslimin dan muslimat sekelian. kali ini aku dan keluarga menyambut hari raya aidil adha dengan cara yang berlainan sedikit, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. memandangkan aku baru malam tadi pulang dari luar negara, jadi tak sempat untuk membuat persiapan. lagi pula suasana menyambut hari raya haji di kuala lumpur kurang meriah jika nak di banding dengan dikampong.
pagi tadi selepas pulang dari solat sunat hariraya di masjid, aku berkunjung kerumah mertuaku, untuk berhari raya bersama mereka. selepas bersalam dan bersua muka serta menjamah serba sedikit jamuan kuih raya, aku pun beredar dan kembali kerumah.
sesampai jer di rumah, cucuku dah sedia menunggu. terus membodek untuk ke shushi king. mulanya berat juga aku untuk pergi, maalumlah hari raya. memang cucu aku sorang ni cukup-cukup suka makan shushi king. nak tak nak terpaksalah ikut kehendaknya.
memilih menu
menu yang menjadi piihan.
jus mangga
udang celup tepong
pengkalan bot di mines wonderland
jam 6 petang kami pulang , aku mesti pulang awal sebab malam nanti aku menyambung penerbangan untuk ke kota baru. sambut raya kedua di kelantan.
No comments:
Post a Comment