13 SEPTEMBER 2015
HARI KETIGA DI TURKI.
perjalanan hari ketiga diturki kurang menyeronokkan, maalumlah trip perjalanan bas malam, pemandangan gelap jer kat luar. yang istimewa hanya dapat jimat kos tempat tinggal, kos hotel atau hostel sangat tinggi susah dapat hotel atau hostel budget di bursa.paling murah yang ditawarkan adalah 100 TL. jadi pilihan terbaik adalah tidur jer dalam bas dan besoknya sampai ke destinasi baru.
kalau trip pertama semalam aku pilih bas metro dari istanbul ke bursa, manakala trip kedua ini aku pilih bas kamilkoc pula untuk ke bolu.
bas kamilkoc yang aku naik bertolak dari stesen bas bursa (bursa otogar) bertolak pukul 11.15 malam(bas terakhir) dan tiba di stesen bolu pukul 5.30 pagi. tambang yang di kenakan ialah 40 TL.semasa tiba distesen bas bolu,keadaan sunyi sepi,tidak ada penumpang dan pengunjung seperti mana di bursa atau pun di istanbul. kedai-kedai juga belum ada yang buka.hanya satu kedai makan sahaja yang beroperasi. sementara menunggu hari siang serta menunggu bas tempatan beroperasi sempat aku solat subuh dan lepak di musalla.
pukul 8 pagi bas shuttle mula beroperasi. syarikat bas metro beroperasi secara percuma dari bolu otogar ke bolu merkezi
sampul tiket bas kamilkoc bursa ke bolubutiran tiket bas kamilkoc bursa ke bolu
stesen bas bursa ( bursa otogar)
terminal bas bursa ( bursa otobus teminali)
jadual ketibaan bas dari luar ke bolu
stesen bas bolu ( bolu otogar)
bolu otogar dari luar
bolu merkezi
perigi makam sultan hamami
kembali semula ke bolu otogar kerana cuaca serta masa tak mengizinkan untuk berada lebih lama di pusat bandar bolu.( bolu merkezi)
No comments:
Post a Comment