assalamualaikum,
bersambong episod pagi tadi.
bimbang kesuntukan masa,aku tidak lama di pekan yala.selepas turun dari bas,aku segera ke pasar besar yang terletak bersebelahan saja dengan stesen bas.aku bercadang untuk membeli sedikit souvenir samaada t shirt atau keychain atau apa-apa saja yang sesuai.tapi selepas sepuluh minit mencari,tak ada satu pun kedai menjual t shirt atau souvenir yang aku cari. suasana di pekan yala hampir sama dengan pekan pattani,
para peniaga tidak menjual barangan yang berkonsepkan tarikan pelancong. tidak seperti tempat-tempat lain. lagi pula aku tengok di pekan pattani dan pekan yala ini agak kurang kehadiran pelancong,terutama pelancong asing.rata-rata yang aku nampak adalah orang tempatan.tapi yang bagus atau seronok dilihat ialah masyarakat setempat majoritinya adalah orang islam, kaum lelaki berkain sarung dan berkopiah,tak kira tua atau muda, manakala kaum perempuan kebanyakan bertudung dan berhijab.
selepas puas mencari di sekitar,didalam dan diluar pasar,aku bergerak pula ke stesen keretapi.Dengan hanya berjalan kaki sahaja.
bas dari pekan pattani ke pekan yala
No comments:
Post a Comment