KEMBARA SOLO KE TURKI
19 SEPTEMBER 2015
HARI KE SEMBILAN DI TURKI
Semalam tepat jam tiga petang van yang aku naiki bergerak meninggalkan pamukkale menuju ke selcuk, dalam satu jam setengah perjalanan,van tersebut tiba di aydin,kami berhent seketika.kebetulan kedai makan yang kami singgah tersebut bersebelahan dengan masjid,jadi dapatlah aku solat jamak di masjid tersebut.lebih kurang setengaj jam,van meneruskan perjalanan dan tiba di selcuk jam tujuh malam.di selcuk aku daftar masuk hotel altemis. hotel tersebut telah di tempah olih mr osman.van yang aku naik juga diurus olih mr osman.mr osman adalah pengurus suha travel,orang yang bertanggongjawab dalam sepanjang lawatan aku di pamukkale.
Dalam episod kembara solo ini,selain di bolu,di pamukkale adalah mencatatkan sejarah yang kurang baik bagi aku,bermula dari tertinggalnya kamera GO PRO dekat bawah semasa aku terbang dengan paragliding, kedua semasa aku sedang berselfiee serta snap gambar yang cantik-cantik di cotton castle,tiba-tiba kamera aku meragam,tak dapat snap dan tak dapat simpan gambar.selepas aku chek dan selidiki,rupa-rupanya memori dah penuh.....aduhhh 8 GB.entah berapa ribu gambar agaknya.
Bermulalah episod aku bergambar dan berselfiee mengunakan handset pula. selepas habis lawatan di cotton castle dan makan tengah hari di hotel,aku kembali ke pejabat mr osman (suha travel) untuk ambil beg serta tukar kamera.dengan kamera kedua aku redah kebun buah-buahan yang terletak berhampiran denga pejabat mr osman juga bersebelahan dengan hotel yang aku sewa.siap meredak kebun aku kembali lagi ke pejabat suha travel.sementara menunggu van tiba aku mengambil kesempatan membeli memori kad baru mengantikan memori kad aku yang sudah penuh.nasib aku baik.satu kedai betul-betul berhadapan dengan pejabat suha travel,ada menjual peralatan eletronik termasuk assessori kamera serta handset. aku membeli memori kad 8 GB jenama SYROX dengan harga 30 TL
aku bergambar kembali dengan kamera pertama dengan memori kad baru. bermula dari naik van depan pejabat mr osman,semasa singgah di aydin, tiba di selcuk,semasa dihotel selcuk,meronda-ronda di selcuk, melawat ancient city of ephesus dan akhir sekali bertolak ke kusadasi. semasa aku di kusadasi,tiba-tiba kamera aku meragam lagi.SIM ERROR....ADUSS...miss lah memori aku untuk berkongsi foto di aydin,selcuk dan kusadasi. namun kita bertemu sebahagian di izmir.
tingkat bawah izmir otogar
tingkat satu izmir otogar
otw to bergama (pergamum)
No comments:
Post a Comment