14 SEPTEMBER 2015
HARI KEEMPAT DI TURKI.
Destinasi ketiga yang di kunjungi dalam pakej green tour ialah ihlara valley (lembah ihlara). Dalam expidisi jelajah lembah ihlara ini,aku ada beberapa kenangan manis dan pahit maun yang sukar sertamungkin tidak aku lupa sampai bila-bila. antaranya ialah semasa aku mula sampai di pintu masuk atau tempat permulaan untuk expidisi jelajah,aku berbelah bagi untuk meneruskan perjalanan,ini adalah kerana aku tengok anak tangga untuk turun kebawah hingga keparas paling bawah sampai ke sungai adalah sekitar 2000 anak tangga, kalau mengikut congak aku jumlah anak tangga empat kali ganda dari anak tangga batu cave di selangor.jadi aku pikir bila turun pasti akan naik kembali.masa tu aku terbayang kenangan masa aku memanjat anak tangga great wall di beijing,masa aku panjat anak tangga di namsan seoul tower sorak mount dan macam-macam tempat lagi.tapi setelah aku tengok semuaorang lain turun,nak taknak aku terpaksa turun.
Dalam 20 minit melangkah turun akhirnya aku sampai juga keparas paling bawah iaitu sampai diparas air sungai. satu kenangan lagi,semasa hampir sampai di paras paling bawah,aku terserempak dengan seorang remaja perempuan dari india,berusia dalam lingkungan 20 an,aku tengok dia begitu letih sangat melangkah untuk naik keatas,siap bertongkat dengan payung,dalam keletihan itu dia bertanya sesuatu kepada aku,antara faham dengan tidak aku jawab, "two thousand steps".sebaik aku menjawab, tak semena- mena aku tengok dia terjatuh dan terus pensan. jadi aku terpaksa membantu sekadar yang mampu, tapi dalam masa yang singkat petugas-petugas segera sampai.
No comments:
Post a Comment