kembara solo ke osaka jepun
hari keenam destinasi ketiga.
JALAN JALAN NAGOYA,ME-GURU SIGHTSEEING BUS
Selepas berada di masjid nagoya kira-kira dua jam,aku pun mengundur diri. sebelum aku pulang ke hotel, aku singgah sekejap di sebuah kedai souvenir dan kedai makanan halal berdekatan dengan masjid. semasa aku berada dikedai makan,aku telah disapa olih seorang pelancong asing,bertanyakan macam mana nak dapatkan perkhidmatan NAGOYA SIGHTSEEING ROUTE BUS. Belum pun aku sempat menjawab, MR SAN, tuan punya kedai terus dengan bermurah hati menerangkan dengan detail. ( nasib baik MR SAN ada, aku memang tak tahu apa pun). Katanya, ada dua cara untuk mendapatkan perkhidmatan ME-GURU NAGOYASIGHTSEEING ROUTE BUS, sama ada tunggu dimana-mana point yang di tetapkan atau pergi sahaja ke stesen 8 di NAGOYA JR STATION.
Aku yang secara kebetulan nak balik kehotel berdekatan dengan NAGOYA STATION pun terus beredar, mat salih yang bertanya tadi pun ikut aku bersama. kami jalan bersama. semasa dalam perjalanan, mat salih yang sebaya dengan aku tak putus-putus bercerita dan cakap, entah apa yang dia cakap aku sepatah pun tak faham, cuma aku jawab, yes, no, yes, no jer. tau pulak dia.
Tiba di stesen nagoya, kami mendapat penerangan yang lebih lanjut, CONVENIENT AND REASONABLE FARES, NAGOYA SIGHTSEEING ROUTE BUS "ME-GURU" menyediakan dua
jenis perkhidmatan iaitu;
# 1 ride = dewasa 200 yen , kanak-kanak 100 yen
# one day pass = dewasa 500 yen , kanak-kanak 250 yen
ROUTE;
0 nagoya station 1 toyota commenmorative 2 noritake garden 3 nagoya castle
4 tokugawaen art museum 5 cultural path futuba museum 6 nagoya city archves
south 7 nagoya tv tower 8 hirokoji sakae 9 hirokoji fushimi ,repeat ke point
3 -2 dan stop di point 8.
aku yang budjet ciput ambil # 1 ride. 200 yen.(rm 6) sekali pusing jer.
mat salih tu aku tak tahu.....entah,entah jalan kaki.
driver me-guru sightseeing nagoya route bus
assalamualikum, saya sedang membuat persediaan ke nagoya winter 2015 nanti, tempat2 yang awak pergi ni, selain naik bas boleh guna subway kan.. mana lebih ekonomi?
ReplyDelete