kembara solo ke jepun
hari keenam destinasi kedua.
NAGOYA MOSQUE (MASJID NAGOYA)
Kisah aku ke nagoya ini macam kopipess kisah aku ke kyoto.Disebabkan bimbang,curiga, tidak sabar,excited serta seribu maknika ....inilah jadinya,AKU SAMPAI TERLALU AWAL DITEMPAT YANG DITUJU.
Seperti mana di kyoto beberapa hari lepas,aku tiba di station kyoto lebih kurang pukul 7 pagi selepas bertolak dari station osaka pukul 6.30 pagi. Dan aku sampai di arashirama lebih kurang 7.20 pagi.
Berbalik kisah aku di nagoya ini, disebabkan kebimbangan aku untuk berurusan dengan train shinkansen serta jarak antara kyoto ke nagoya ini agak jauh, aku mengambil keputusan keluar awal untuk mengelak dari berlaku sebarang kemungkinan. sangkaan aku meleset. semua urusan berjalan lancar, malah lebih lancar dari apa yang aku sangka dan yang aku rancang.sebagai contoh, aku agak perjalanan aku dari kyoto station ke nagoya mengambil masa sekurang- kurangnya satu atau satu setengah jam,tapi rupa-rupanya setengah jam sahaja. Dan untuk menemui hotel pula aku anggarkan sekurang-kurangnya setengah jam, tapi rupa-rupanya hanya 1 minit 40 saat sahaja,tak sampai pun 2 minit.
ok, kisah aku ke masjid nagoya ni pun sama, aku target, aku mengambil masa selama satu jam untuk menemui masjid ini. berbekalkan carian di google internet, aku menyusur terus melalui jalan disepanjang laluan train,dan membelok ke kiri bila sampai di kameshimaike,kemudian meyusur pula jalan sotobori dori.selepas 4 trafik light, sampailah di masjid ini.
masjid nagoya, pintu masuk ke pejabat urusan dan pejabat imam.
pintu masuk utama disebelah kiri ke ruang solat ditingkat 1.2 dan 3.
ruang solat untuk muslimat di tingkat satu
mimbar di tingkat dua
ruang solat yang cukup selesa
white board untuk kuliah
bilik wuduk ditingkat satu
papan kenyataan dan judual proram di laluan masuk.
No comments:
Post a Comment