kembara solo ke osaka jepun
hari kelima destinasi pertama
KYOTO MUSLIM ASSOCIATION.
Hari ini, hari kelima aku berada dibumi nippon atau hari kedua dibandar kyoto.
hari ini aku tidak bolih lagi berlinggang kangkong seperti hari-hari sebelumnya.
JR-WEST RAIL PASS atau JR KANSAI AREA PASS yang telah menyenang-
kan trip perjalanan aku telah pun expired. Sudah tidak bolih digunakan lagi.
Dah bolih disimpan diam-diam dalam bag bersama broser-broser dan map-map.
sekarang aku kena feningkan sikit kepala macam mana aku nak beli tiket di-
mesin tiket yang terdapat di setiap stesen jr. kat mana aku nak cucuk dan kat
mana aku nak tekan butang untuk keluarkan tiket. semalam selepas aku balik
dari merayau dan berpusing sakan di NISHIKI MARKET, CHANA ada meng
gajar aku macam mana cara nak guna mesin untuk membeli tiket, dan dia juga
ada memberikan sedikit panduan untuk mendapatkan stok dan restoran halal
disekitar kyoto. semasa kami berborak macam ayam dan itik, CHANA
(pengurus guesthouse) sempat juga menyajikan aku secawan kopi..FULAMAK
punya kaw kopi jepun yang disediakan untuk aku., dia punya sengal sampai
ketapak kaki.
tu lah pagi tadi selepas jer bangun dan solat subuh, aku pun segera keluar,mera-
yau untuk mencari sarapan awal pagi. masa aku mula-mula melangkah keluar
dari guesthouse jam di tangan ku menunjukkan pukul 4.05 pagi. dan semasa aku
sampai depan kedai kak rose jam baru pukul 4 setengah pagi.
kedai kak rose tutup.....belum bukak lagi,sementara itu sempatlah aku berposing
dan berselfie dulu dengan sightboard.
sightboard untuk ke kyoto muslim association
restoran rose cafe
menu sajian halal di restoran rose cafe
berselfie sementara menunggu restoran buka untuk bersarapan.
No comments:
Post a Comment