kembara solo ke osaka jepun
hari keenam destinasi keempat
OSU SHOPPING ARCADE (PASAR KARAT)
Alhamdullillah...nasib masih menyebelahi aku. pukul 4 petang,ketika aku sedang
berselfi di tingkat 41 midland square,aku bertemu dengan sekumpulan pelancong dari bangkok sekitar 8 orang. salah seorang dari mereka bolih berbahasa melayu walaupun tidak fasih. Beliau meminta aku snap foto untuk mereka.
selepas aku menolong,aku berborak dan berbual-bual seketika. kami berkenalan. aku bercerita dan memuji keindahan dan keseronokan pengalaman melancong ke bangkok dan kembara ke thailand. mereka cukup gembira.
salah seorang dari mereka memberitahu, yang mereka baru sahaja pulang dari shopping di pasar karat. memang benar,banyak aku tengok mereka memborong. ...shopping sakan.kebanyakan yang aku nampak adalah pedang samurai, patong-patong dan toping puaka.
selepas aku menjamu selera di sebuah restoran thai di tingkat 42 midland square
aku pun terus terjah ke osu shopping arcade.
peniaga pasar karat sedang bersiap untuk menutup perniagaan kerana
hari sudah pun petang.
osu kannon tample
samurai tiga beradik
kawasan pasar karat berhadapan osu kannon tample
laluan untuk ke osu shopping arcade
anak manja makcik ni ajak untuk shopping
osu shopping arcade
kawasan shopping yang sangat luas.
kedai alat-alat sukan yang mempromosikan barangan sukan
sempena kehadiran musim piala dunia bola sepak 2014 di brazil bulan depan.
berselfi sekejap selepas penat meronda
kedai mega kebab
singgah ambil order sekejap
kebab turki 600 yen
No comments:
Post a Comment