kembara solo ke osaka jepun
hari kedua destinasi pertama
JENJALAN DI UNIVERSAL STUDIO OSAKA
.
seperti yang aku poskan dalam fb aku, sebaik aku terjaga dari tidur,
aku nampak cermin tingkap dihujung kakiku terang,aku pun capai hand
set.jam kat handset 3.30 am. biar betul.aku bangun. lepas buka tingkap
memang sah. hari sudah pun cerah. macam pukul 7.30 pagi di malaysia.
dengan seberapa segera aku selasaikan SUBUH GAJAH.
Hotel dan bilik yang aku inap sungguh sempoi, tak ada ape yang nak di
kemas, memang siap kemas,hanya ada satu tilam dan satu bantal.....finish.
aku pula...satu beg pakaian sandang belakang, kat dalam hanya sehelai
baju sehelai t shirt,dua helai seluar,sehelai kain sarung buat sembahyang
(yang aku pakai sekarang) dan kupiah. pah tu satu beg kecik kat dalam
dua kamera,satu handset,satu tripod untuk selfie , charger, internasional
adapter,wallet dan passpot.
Bekalan persediaan pula,yang dibawa dari malaysia,biskut hup seng sepeket
biskut krim asorted sepeket, biskut peanut butter sepeket dan tiga maggie
cup ayam......last sekali air mineral 500 ml sebotol.
ok berbalik pada atenari perjalanan.
pukul 6 pagi aku siap berada di stesen jr shin imamiya.dekat jer pun stesen
ni dengan hotel tempat aku tinggal.jalan kaki tak sampai tiga minit.berbekal
kan tiket jr kansai area pass yang aku beli memudahkan aku bergerak dengan
menaiki train jr kemana sahaja dikawasan yang di tetapkan dan berapa kali
sehari pun bolih naik.
Destinasi aku untuk pagi ini adalah universal studio osaka.
dari stesen shin imamiya aku naik train diflatfom no 4 menuju ke osaka stesen
tapi aku kena turun di stesen nishikujo. Distesen nishikujo kena tukar train
ke sakurajima.tapi untuk ke universal studio aku perlu turun di universal city
satu stesen sebelum sampai di stesen sakurajima.
Di stesen universal city hanya berjalan kaki ke universal studio,hard rock cafe
city walk dan macam- macam lagi.
jom layan.......................
UNIVERSAL STUDIO OSAKA
stesen train jr shin imamiya
flatfom 4 jr osaka loop line laluan untuk ke nishikujo & osaka
stesen pertukaran untuk ke stesen universal city
stesen universal city adalah stesen untuk ke universal studio
Di stesen universal city ,satu stesen sebelum stesen akhir di stesen sakurajima
stesen jr universal city
city walk
city walk tak sampai 100 meter dari stesen universal city
universal studio osaka
western city
....bersambong dan jumpa di masjid osaka.....insya allah.
No comments:
Post a Comment