kembara solo ke osaka jepun.
hari ke tiga destinasi kedua.
JENJALAN DI KOBE
panduan untuk ke kobe /sannomiya.
disini aku berikan sedikit panduan untuk memudahkan perjalanan bagi sesiapa yang berminat untuk berjalan atau merayau ke kobe atau sannomiya. bagi pengunjung atau touris yang tinggal di kawasan shin imamiya atau tennoji atau kawasan yang sewaktu dengannya. aku nasihatkan korang naiklah train jr di stesen shin imamiya. nak tahu kat mana stesen imamiya korang cari kedai ini kalau korang jumpa kedai ni, korang menyeberang jalan , pah tu korang akan jumpa stesen shin imamiya.
dari stesen shin imamiya , korang tunggu train jr loop line di flatfom 4 ke osaka stesen. tapi sebelum tu pastikan korang dah ada tiket. untuk memudahkan perjalanan, aku syorkan korang beli tiket JR KANSAI AREA PASS semasa korang mula tiba di mana-mana air port di jepun. dan kalau korang dah ada JR RAIL PASS lagi bagus.sebenarnya banyak kemudahan yang disediakan olih pihak kerajaan jepun untuk para pelancung, contohnya seperti JR THRU PASS.tapi di sini malas aku nak ulas pasal JR THRU PASS ini, sebab nanti korang pening mana satu yang bagus.(semuanya bagus)
dari stesen shin imamiya korang misti turun di stesen osaka dan di stesen osaka korang aka bertukar train ke sannomiya atau ke kobe. kalau korang ada JR KANSAI AREA PASS, korang tak perlu beli tiket, korang naik jer train di osaka stesen flatform 7.
dari osaka stesen train akan bergerak terus dan korang misti turun di sannomiya atau di kobe
pemandangan di kawasan stesen sannomiya.
dataran stesen sannomiya,semasa berada di sini aku bertemu dengan seorang touris dari perancis yang merupakan kenalan aku semasa aku bercuti di bangkok.dia menegur dan menyapa aku. dia sungguh peramah....lama juga kami berbual. tapi sayang lupa pulak aku nak bergambar dengannya.
dewan peringatan DR SUN YAT SEN kobe,( berdekatan masjid kobe)
dari masjid kobe di sannomiya, aku menapak terus ke pusat bandar kobe, yang aku kira agak-agak 3 atau 4 kilometer.mungkin jarak itu agak jauh bagi meraka yang tak suka dan tidak pernah berjalan atau berjogging. tapi bagi aku jarak tersebut adalah ruting. sambil berjalan dapatlah aku snap dan berselfi.....memang itu pun target aku. hampir satu jam jugak aku menapak dari masjid hingga ke bandar dan port kobe. tidak ada apa-apa masaalah dan halangan. cuaca di kobe ketika ini segar dan nyaman.
port kobe ,kawasan yang pernah di timpa musibah gempa bumi dan tsunami
mercu tanda kobe, KOBE TOWER
idola masa kecik - kecik dulu
singgah makan tengah hari
restoran halal turki
nasi turki 600 yen
STESEN TRAIN KOBE.
No comments:
Post a Comment