terawal awal pagi sudah bangun, belum sempat pun morning call. biasanya morning call pukul 6.30 sebaik sahaja breakfast disediakan. tapi aku bangun pukul 5.30 kerana terlalu excited untuk ke london. hari ini aku akan bergerak ke london dengan menaiki eurostar dari stesen eurostar di bruxelles rare du midi opposite dengan hotel tempat aku tinggal sekarang. sebaik sahaja aku siap bersiap aku terus keluar ke lobi untuk ke dewan makan di tingkat bawah (ground floor). jam masa tu baru pukul 6.20 pagi waktu tempatan. semasa aku tiba di lobi aku tersempak dengan seorang waitress, dari cara berpakaian aku agak dia ni orang islam, aku pun beri salam dan ucap selamat .
"soba hul khair" dengan senyum dia menjawab, "sobahul nur" ."futur ?" aku teruskan pertanyaan. dia tengok jam ditangannya "daqiq""mubaqqir ","shukran" jawab aku ringkas. dia senyum dan mengangok jer. aku terus beredar,memang aku tahu,takkan breakfast dah siap sebab jam belum lagi 6.30 pagi suhu diluar sungguh sejuk, diluar aku tengok terlalu ramai awang hitam lalu lalang dan berkumpul macam ada satu keraian sahaja, aku ingat nak bersiar sekejap untuk ambil angin pagi di brussel tapi aku rasa macam tak selamat jer, so aku masuk balik ke lobi.
selepas breakfast aku check out hotel
mengadap sarapan
sarapan pagi
lobi hotel
masuk ke stesen eurostar
didalam stesen eurostar
pic tak clear sebab kelam kabut
pic tak clear sebab tak fokas (tangkap curi)
jadual perjalanan eurostar ke london
di dalam koc eurostar
masa ni masih lagi berada di bumi belgium
masa ni sedang berada di dalam eurotunnel dibawah laut selat inggeris
selamat sampai di stesen st pancras london
pose pertama di london.
jalan keluar dari stesen st pancras ke kota london
stesen st pancras london
LEPAS NI......RONDA - RONDA LONDON
No comments:
Post a Comment