sebelum sampai di kota paris, bas yang aku naiki lalu dan singgah seketika di beaune untuk makan tengahhari. Lunch hari ini adalah di restoran lutos, masakan halal citarasa thai dan vietnam.
Beaune sebuah bandar yang sangat popular dengan penghasilan wine, kawasan tersebut terdapat ladang anggur yang sangat luas. Masa aku sekolah dahulu ada satu tajuk besar dalam buku ilmu alam (sekarang geografi) PERUSAHAAN WAIN DI PERANCIS SELATAN. nilah gamaknya. sambil sambil snap gambar pokok anggur dan melawat kilang tempat memproses buah anggur untuk menghasilkan jus dan juga untuk membuat wain. (aku tak masuk pun ke dalam kilang cuma ambil gambar kat luar jer) kata mereka wain yang di proses disini adalah wain yang terbaik di dunia.
selepas lunch dan lawatan di kilang wain, bas meneruskan semula perjalanan ke paris.
pokok anggur
ladang anggur
kawasan ladang anggur dan ladang asparagus
bandar beaune
restaurant lotus de beaune
kereta mini cooper.
lepak sekejap dibawah pokok sambil snap gambar
tram percuma disediakan untuk pelancong
jalan yang dibina pada tahun 1241
canal yang mempunyai air yang sangat bersih
pokok anggur ditepi jalan
meneruskan semula perjalanan ke paris
singgah di R & R
kesesakan jalan raya setelah hampir tiba di kota paris.
lagi 13 kilometer nak sampai
hotel tempat aku tempah
pusing dahulu untuk keluar dari jalan besar (lebuhraya)
stesen keretapi paris
sungai paris
daftar masuk hotel
bilik aku.
BERSAMBONG ESOK PAGI UNTUK KE EIFFEL TOWER.
No comments:
Post a Comment