ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Friday, 1 February 2013

ANAK MANJA ; AWE DALAM KENANGAN.

         Awe adalah salah satu dari koleksi anak manja yang sangat manja. telah dilahirkan pada
         1 november 2009 olih seekor ibu yang ada kenangan tersendiri buat ku.awe adalah anak
         tunggal ,dialah yang sulung dia jugalah yang bongsu.
         ibunya ada kisah tersendiri , seingat aku  pada satu malam seorang hamba allah telah
         telah meletakkan sebuah kotak depan kedai aku,olih kerana masa tu aku sibuk melayan
         costumer, aku buat do no jer, lantak  kaulah kau nak letak ape pun aku peduli ape, janji
         tak kacau aku. masa tu aku ingat lebih kurang pukul 10 malam. rutin kedai aku tutup
         12 malam, sejak dulu kini dan selamanya. malam tu sedar tak sedar duk layan customer
         yang keluar masuk, tepat pukul 12 malam aku pun terus tutup, dah lupa dah dengan kotak
         yang hamba allah letak tadi.
         pagi besoknya seperti lazim, selepas solat subuh aku terus buka kedai,dan semasa itulah
         aku usha apa isi kandungan kotak yang hamba allah letak semalam.
         aku langsung tidak heran........ dan aku dah agak dah, misti dalam kotak tu kucing,sebab
         sejak aku mula berniaga bermula dari tahun 1995 hingga sekarang 2009 dah beratus-ratus
         kotak aku terima rezeki macam ni.
         Didalam kotak tersebut ku lihat,  seekor kucing yang kurus dan comot , dan terdapat sedikit
         bekalan friskis bersamanya. aku pun biarkan saja, tidak buang dan tidak ambil untuk pelihara
         diwaktu yang sama aku ada memelihara dan memberi  makanan kepada beberapa ekor kucing
         masa berlalu.......hari berganti hari ,minggu berganti minggu dan bulan bertukar bulan,kucing
         tersebut tetap setia di situ, lapar dia makan, kenyang dia tidur, tak pernah  dia masuk kedalam
         kedai.tidak seperti kucing-kucing yang lain. aku ingat hampir setahun dia berlepak depan
         kedai. diam tak diam tiba-tiba aku tengok dia mengandung. olih kerana aku nak bercuti
         panjang dan bercuti balik kampong aku bermurah hati mengambailnya bawa masuk ke dalam
         kedai. sejak hari itulah baru ia tinggal didalam kedai dan pada 1 november 2009 dia melahir
         seekor anak tunggal ...aku beri nama AWE.
       

                                                  awe ketika berusia sebulan setengah

                                                          awe ketika berusia setahun
                                                        awe ketika berusia 2 tahun

awe ketika bersia 2 tahun 2 bulan
 
                       awe ketika berusia 3 tahun 3 bulan ,pose terakhir sebelum kembali kealam baqa.
                                                    1 november 2009 - 1  february 2013

No comments:

Post a Comment