EPISOD 2
BUTTERWORTH KE BANGKOK
pukul 2.30 petang train bergerak meninggalkan butterworth, aku menempah tiket tempat tidur dengan bayaran rm 104 untuk katil atas.kalau katil bawah rm 112 (sold out).pukul 6 petang train sampai di sempadan.
kedai makan yang terdapat di tingkat satu
beli air botol dan snap gambar jer.
selepas urusan cop paspot dan pemeriksaan imigrasen, train menerus kan perjalanan ke bangkok, group dengan aku semasa dalam train adalah 4 orang, semua berlainan bangsa, kami berbual bual sambil menunggu masa untuk tidur. kami tidur lebih kurang11 malam selepas katil kami di pasang. train thailand ni lain dari ktm, walaupun tempahan tempat tidur ,penumpang tidak bolih tidur selagi seat tidak di ubah menjadi katil.
aku solat subuh atas katil.lebih kurang pukul lapan pagi ,katil kami di ubah semula menjadi seat biasa,dan kami berborak kembali dengan penumpang yang sesama haluan.
pukul 12.20 tengah hari train selamat sampai di stesen hua lamphong bangkok.
penumpang mula turun dari train
lepas makan aku masuk balik ke stesen untuk solat zohor dan untuk meneruskan perjalanan aku ke chiang mai.
No comments:
Post a Comment