EPISOD 15
SESSI PETANG - SEPETANG DI CHIANG MAI
penat menyusur sungai mae ping belum habis lagi.selama 2 jam hilir dan mudik
sungguh menyeronok kan,bermacam macam perkara baru dapat di lihat.
pemandangan serta panorama persekitaran sungguh mengasyikkan. kerenah
dan perangai pelancong asing juga dapat di lihat,satu kisah lucu juga telah ter
pahat di hati aku. seorang pelancong dari sweden bernama FADENANCE,
teringin sangat nak makan satu buah yang banyak terdapat di sepanjang per
jalanannya di thailand, dia tanya aku ape nama buahnya,aku nak jawap ape
sebab macam macam buah ada di jual dan di tanam di thailand ni. katanya lagi
sudah banyak kali dia tanya dan cari di pasar tapi tak juga di temui. Nak di jadi
kan kisah dalam rancak aku berbual bual dengan nya tiba tiba dia menunjukkan
aku kearah sepohon pokok ditebing sungai. berbuah sungguh lebat dan masak
ranum kekuningan. LAAA...............POKOK PINANG ( buah pinang rupanya
yang di cari selama ni) dalam hati aku, kalau macam ni sampai mampus pun tak
jumpa, siapa nak jual buah pinang kat pasar.
masa tu mati akal aku, macam mana aku nak jawab..........
aku tergelak tapi aku cover takut dia marah atau bimbang nanti dia kata aku
ketawa kan dia. nak tak nak terpaksa aku kata buah tu tak bolih di makan
ia di tanam hanya untuk keindahan lanskap . tapi aku yakin dia tak kan percaya
jawapan aku.
*****************************************
landing saja bot di pengkalan , aku terus ke masjid al hidayah yang tak jauh
dari situ. ketika sessi pagi aku tak sempat solat zohor kerana belum masuk waktu.
makan petang di restoran sophia yang terletak berdekatan dengan masjid
al hidayah.
No comments:
Post a Comment